Pening ialah satu keadaan tubuh bedan berada dalam keadaan tidak stabil atau rasa hendak pitam. Dalam keadaan normal, keseimbangan deria dikawal oleh isyarat otak yang menerima isyarat dari beberapa lokasi, mata, saraf sensori dan telinga.
Keseimbangan yang terbaik bergantung kepada sekurang-kurangnya dua dari tiga sistem yang sensori berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, tutup mata semasa berdiri, tidak bermakna anda hilang keseimbangan. Isyarat dari telinga tengah dan saraf sensori membantu anda tegak.Walau bagaimanapun, jika sistem saraf pusat tidak boleh memperoses isyarat dari semua lokasi atau sistem sensori tidak berfungsi sepenuhnya atau mesej bercanggah, anda mungkin hilang keseimbangan. Kebanyakan pening akan berakhir dengan cepat tetapi ia mungkin gejala keadaan yang lebih teruk.
Sebab
Penyebab pening adalah:
- Vertigo- perasaan berpusing pusing atau rasa persekitaran anda bergerak
- Gangguan telinga tengah (vestibular neuronitis akut atau labyrinthitis)
- Sekali sekala ,benign vertigo berkaitan dengan perubahan kedudukan.
- Mastoiditis (radangan pada mastoid)
- Kurang aliran darah ke telinga tengah akibat atherosclerosis (plak lemak dalam salur darah) terutama pesakit Diabetis Mellitus (Kencing manis), Hypertension (Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol dalam darah)
- Sakit kepala yang ringan
- Gangguan telinga dalam
- Gangguan kerisauan seperti serangan panik, agoraphobia (perasaan gerun melintasi tempat lapang)
- Hyperventilation (pernafasan cepat)
- Hilang cecair badan contoh peluh berlebihan.
- Perubahan tekanan darah disebabkan oleh ubatan seperti ubat darah tinggi, ubat diuretic dan ubat kemurungan.
- Keadaan medikal seperti diabetes dan penyakit Parkinson.
- Anaemia
- Muntah-muntah
- Loya dan muntah apabila menaiki kereta, kapal terbang, bot atau kapal.
Tanda & Gejala
- Perasaan persekitaran berpusing atau bergerak (vertigo)
- Hilang keseimbangan
- Loya
- Tidak stabil
- Sakit kepala sedikit
- Pitam
- Lemah
- Letih lesu
- Sukar memberi tumpuan
- Pandangan kabur selepas menggerakkan kepala dengan cepat
- Perasaan penuh dalam telinga, berdengung atau berdesing dalam telinga dan kadang kala hilang pendengaran .
Komplikasi
Walaupun pening selalunya sedikit, jumpalah doktor jika anda pening berpanjangan dan diikuti dengan gejala berikut:
Walaupun pening selalunya sedikit, jumpalah doktor jika anda pening berpanjangan dan diikuti dengan gejala berikut:
- Sakit kepala bertambah.
- Pandangan kabur.
- Hilang pendengaran.
- Gangguan pertuturan.
- Lemah pada kaki dan tangan.
- Hilang tahap kesedaran.
- Jatuh atau sukar berjalan.
- Kebas atau rasa menyucuk
- Sakit dada atau sedar denyutan jantung cepat.Pening menyebabkan risiko tinggi untuk jatuh dan membawa kecederaan kepada anda. Jika berlaku semasa membawa kereta atau mengendalikan jentera berat boleh menyebabkan kemalangan.
Rawatan
Rawatan bergantung kepada penyebab.
- Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)
- Keadaan telinga dalam.
- Senaman latih semua keseimbangan (vestibular rehabilitation) digunakan untuk merawat “acute vestibular neuronitis or labyrinthitis”.
- Penyakit Meniere’s
- Kurangkan retensi cecair melalui ubatan diuretik (buang cecair badan) atau perubahan makanan contoh kurangkan garam dalam makanan)
- Pembedahan mungkin diperlukan
- Migrain Vestibular
- Elak sesetengah makanan
- Kurangkan tekanan perasaan
- Tetapkan corak tidur
- Doktor mungkin preskripsikan ubat untuk migrain dan vertigo
- Gangguan kerisauan (Anxiety disorders)
- Kaunseling
- Ubat .Anti-anxiety mungkin dipreskripsikan
Jika anda mengalami pening:
- Elak membawa kereta atau kendalikan jentera berat jika kerap pening.
- Elak dadah, alkohol atau merokok.
- Pencahayaan yang terang jika turun dari katil pada waktu malam.
- Berhati hati kemungkinan anda hilang keseimbangan.
- Elak mengubah kedudukan dengan cepat.
- Elak terlalu mengerakkan kepala (terutama melihat ke atas).
- Elak terdedah kepada keadaan ketegangan atau kerisauan atau perkara yang merangsangkan pening. termasuk sebarang alahan.
5 comments:
T ksh
Sama2..Terima kasih juga sudi lawat blog saya..Y(^_^)Y
slam...sy syor kan andro plus kepada penghidap darah tinggi Andro plus menurunkan selsema..demam selsema.demam panas.sakit tekak.masalah kerosakan hati dan cirit birit.kandungan utama adalah andrografolida yang banyak di temui di daun hempedu bumi.andrografolida berupaya mrncegah pegumpulan kolestrol yang pekat dalam saluran darah ke tahap yang lebih baik berbanding minyak ikan kod sebanyak 10 kali ganda berkesan Kajian d jalankan mendapati andrografolida mengurangkan kelesuan badan.sebanyak 50 %.sakit tekak berkurang sebanyak 40% sakit otot berkurang sebanyak 48% dan pening kerana resdung berkurang sebanyak 30%.resume untuk.di jangkiti selsema 2 kali menurun selepas amal kan.andro plus..sebotol ada 140 biji kapsul harga rm65 saja dengan formula buang lemak n sejukan badan...hubungi sy..mohd zuhairi 0174687570....amat amat berkesan
sejak seminggu yang lepas sehingga hari ini saya mengalami pening yang berulang2...sehingga satu tahap saya rasa dibuai2 sehingga hampir terjatoh.. keadaan tersebut seperti ketika pijak air di tepi pantai...rs pening sangat...saya xtahu ape puncanya...tp keadaan ini agak merimaskan saya kerana saya tidak dapat fokus bila melakukan sesuatu...
Saya baru mengalami keadaan ini tadi..semasa saya dan husband tengah makan, tiba2 perasaan pening datang,keadaan sekeliling berpusing2...keadaan ni saya rasa tidak selesa...saya pernah berjumpa doktor dan doktor syorkan banyakkn minum air...tapi keadaan tetap sama...
Post a Comment