JellyPages.com

Saturday 16 March 2013

Puding Roti Sos Kastard! YUMMY!!!!!


Jom semak resepi:

Bahan A (Satukan dalam 1 mangkuk selama 30 minit)
Susu rendah lemak 2 kotak
8 keping roti (diracik halus)

Bahan B (Gaul dalam 1 mangkuk yang lain)
Gula halus 4 sudu makan
Telur 2 Biji
Mentega 2 Sudu makan
Kismis hitam atau campuran
Esen Vanilla sedikit sahaja
Tepung jagung 2 sudu


Cara menyediakan puding roti:

  1. Panaskan oven 170'c selama 10 minit.
  2. Satukan bahan A (yang telah direndam 30minit) dengan bahan B.
  3. Masukkan dalam loyang yang sudah digris. Bakar pada 45 minit.

Selepas dibakar.... Biarkan atas redai hingga sejuk.

Bahan-bahan sos kastard:

Susu cair 1 tin
Tepung kastad 2 sudu makan
Gula pasir 2 sudu makan
Cara menyediakannya:
  1. Masukkan susu,tepung dan gula kedalam periuk, guna api kecil. Kacau hingga larut/masak
  2. Tuang atas puding roti, boleh gantikan sos dengan aiskrim.

0 comments: