JellyPages.com

Monday 18 March 2013

Kuning Telur


Kuning telur sering disalah erti kerana mengandungi kolesterol dan lemak yang tinggi. Kandungan dalam kuning telur ini dipercayai boleh memudaratkan kesihatan seperti terdedah kepada bahaya  darah tinggi dan sakit jantung dimana boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat. 

Namun begitu, kuning telur bukanlah penyebab utama bahaya kerana kuning telur ini juga memiliki pelbagai khasiat penting yang boleh dipertimbangkan.

1. Setiap biji telur mempunyai 80-90 kalori. Jumlah kalori kuning telur merupakan terbanyak sekali iaitu dalam 55, selebihnya adalah putih telur.

2. Telur merupakan sumber protein yang elok.

3. Kuning telur kaya dengan khasiat omega 3 dimana ianya asid lemak penting yang membantu hati, otak dan sistem immune badan supaya berfungsi secara optimum dan memainkan peranan yang penting dalam memetabolismekan lemak dan pengawalan berat badan.

4.  Kuning telur mengandungi asid lemak tidak tepu vitamin A,D,E dan K. Vitamin D adalah keperluan penting kerana kebanyakan orang kurang vitamin D.

5.  Nutrient yang terkandung dalam kuning telur mampu menaikkan tahap testosterone.

6. Kalsium, nutrisi yang diperlukan untuk tulang dan gigi, potassium dan selenium merupakan contoh mineral yang terkandung dalam kuning telur.

7. Sejenis antioksida lutein dan zeaxanthin terdapat dalam kuning telur yang berfungsi baik untuk mata dan menghalang ketidakupayaan penglihatan ketika berusia.

8. Kuning telur adalah tinggi kolesterol dan tinggi lemak tepu yang memberi impak buruk kepada kolesterol darah.

9. Pengambilan kuning telur yang banyak akan menyebabkan arteri tersumbat dan mengembangkan aterosklerosis. Asterosklesis adalah keadaan dimana boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

0 comments: