JellyPages.com

Saturday, 16 March 2013

Pizza


Jom semak resepi.

Bahan-bahan Doh roti
500gram tepung high protien
11gram yis mauripan
75gram buttercup
1 sudu gula
1 sudu teh garam
1 biji telur
1 sudu bread improver
1 sudu bread softner
Air 200ml (seelokanya dari peti ais)

Bahan-bahan INTI pizza (topping)
Bawang Hollan (hiris halus)
Lada Benggala (hiris halus)
Sayur campur - sedikit
Bebola daging, ayam, sosej, ketam (ikut selera kalian)
Cheese Mozzarella
Oregano
1 Tin Tomato pure 
1 Tin Marshroom
Nanas dalam tin



Cara menyediakan
Doh (kulit pizza)
  1. larutkan yis dalam air suam. Gaulkan tepung, bread improve,bread softner, air sejuk, garam, gula, buttercup dan telur hingga menjadi doh.
  2. Ulang lagi sehingga doh betul2 lembut, jika masih melekat tambah tepung. Simpan sekejap doh dalam suhu sejuk. 
  3. Ratakan dalam dulang yang telah digris majerin/minyak masak.
  4. Adunan ini bakal menjadi 5 dulang pizza


Inti Pizza (topping)
  1. Gaulkan tomato pure dengan Oregano.
  2. Taburkan kesemua bahan2 INTI dimulakan dengan bawang, lada, tomato pure, sayuran, nanas, cendawan, pelbagai bebola atau daging bugger. Diakhirkan dengan Cheeze Mozzarella
  3. Panaskan oven dalam suhu 170c, 10 minit.
  4. Kemudian masukkan adunan yang siap dalam oven, bakar dalam 25 minit
  5. Siap untuk dihidang.

0 comments: