JellyPages.com

Friday, 15 March 2013

OUCH!!!!!!


Ngeri! Pipi Koyak Kerana Air Tin Beku. Memang tidak dinafikan, ada di kalangan kita gemar mengoncangkan air tin agar air memancut keluar apabila dibuka. Namun tahukah anda, air tin yang dimasukkan dalam peti sejuk takat beku, dipercayai lebih berbahaya. Ini kerana tekanan dalam air tin tersebut boleh menyebabkan kita boleh terluka. Walaupun fakta ini masih diragui, namun kesannya adalah seperti gambar di bawah ini apabila seorang budak luka di bahagian pipi kerana terkena air tin yang pecah akibat tekanan.
jahit
Di daerah Jiading, Shanghai, seorang budak lelaki mengalami kecederaan yang dasyat apabila air tin yang dibekukannya meletup dengan kuat sejurus dibuka penutupnya. Ini menyebabkan pipi budak berkenaan, terkoyak dengan 31 jahitan manakala mukanya menerima 7 jahitan.
Memanaskan atau membekukan air berkarbonat, merupakan satu tindakan yang sangat merbahaya kerana menyebabkan Karbon Dioksida yang larut dalam soda berkenaan akan terlerai menyebabkan berlakunya satu tekanan yang tinggi di dalam air tin berkenaan.
Baca di luar air tin. Ada dinyatakan jangan dipanaskan atau dibekukan di bawah takat beku 0 ° c. Sekadar peringatan untuk para pembaca.

0 comments: