JellyPages.com

Friday, 22 March 2013

BANTAL PUNYA CERITA


Wanita merupakan insan yang dicipta oleh Allah sebagai teman kepada seorang lelaki. Hadirnya sebagai penyeri, dan lambang kepada kehidupan yang harmoni. Wanita terkenal dengan sikap mereka yang penyayang, sensitif dan lembut tetapi kadang-kadang “unpredictable” juga. Tahukah sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka. Jom kita baca 5 sikap wanita dengan bantal.

1) Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Wednesday, 20 March 2013

Indahnya Hidup Bersyariat



Mula2 dapat ni sebagai hadiah perkahwinan daripada sorang kawan dari Sandakan... Thanx Ann! Mula2 dapat dulu,jadi perhiasan ja sebab minat membaca lebih kepada novel... Selagi ada novel, selagi tu x buat benda lain... Then bila dah abis khatam novel, baru la ter-rajin buka buku ni... Baca bab pertama,- 'alaaaa, benda ni basic, semua orang tau'... Skip-skip-skip!
Masuk bab 2, baca sikit-sikit mana yang kena highlight... Then macam biasa, skip-skip-skip and skip sampai masuk bab 3...
Dalam bab 3, baru la mata nak segar sebab benda yang dianggap ringan selama ni rupanya ada yang saya x tau... Baca-baca-baca then take a note part yang memang rasa 'WOW' sebab x tau sampai la tamat bab 4 seawal subuh tadi...
Okay, malam nanti nak sambung baca bab 5 ni pula... Haruslah kena beratkan bab ni sebab orang muda berkahwin awal dengan ilmu agama x berapa nak cukup, kenalah rajin baca buku... Nak tanya orang berpengalaman, segan eden! (pipi merah2 pink)

p/s : Ubah persepsi buku2 agama masih dapat menarik perhatian saya selepas tamat sekolah. hehehe

19 MARCH 2013





Keinginan tercapai akhirnya bila dapat bertemu dengan penulis novel-novel berikut:-
     .........
dan,dan,dan....... xpa,saya dah tau dah cukup.... :)

Rasa macam masa tu terlalu jealous... Sejam lebih rasa macam tak sampai sejam... Macam2 nak borak dengan akak even tv sound masa tu sangat memeningkan sebab atas kepala... hahahaha

Semoga silaturahim berpanjangan...

Aamiin.....


Tuesday, 19 March 2013

Asmaul Husna


Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
No.NamaArabMaksud
1al-RahmanالرحمنMaha Pengasih
2al-RahimالرحيمMaha Penyayang
3al-MalikالملكMaha Merajai/Memerintah
4al-QuddusالقدوسMaha Suci
5al-SalamالسلامMaha Memberi Kesejahteraan
6al-MukminالمؤمنYang Memberi Keamanan
7al-MuhaiminالمهيمنMaha Pemelihara
8al-AzizالعزيزMaha Gagah
9al-JabbarالجبارMaha Perkasa
10al-MutakabbirالمتكبرMaha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11al-KhaliqالخالقMaha Pencipta
12al-BarikالبارئYang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13al-MusawwirالمصورYang Membentuk Rupa (makhluknya)
14al-GhaffarالغفارMaha Pengampun
15al-QahharالقهارYang Memaksa
16al-WahhabالوهابMaha Pemberi Kurnia
17al-RazzaqالرزاقMaha Pemberi Rejeki
18al-FattahالفتاحMaha Pembuka Rahmat
19al-AlimالعليمMaha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20al-QabidالقابضYang Menyempitkan (makhluknya)
21al-BasitالباسطYang Melapangkan (makhluknya)
22al-KhafidالخافضYang Merendahkan (makhluknya)
23al-RafikالرافعYang Meninggikan (makhluknya)
24al-MuizالمعزYang Memuliakan (makhluknya)
25al-MuzilالمذلYang Menghinakan (makhluknya)
26al-SamikالسميعMaha Mendengar
27al-BasirالبصيرMaha Melihat
28al-HakamالحكمMaha Menetapkan
29al-AdlالعدلMaha Adil
30al-LatifاللطيفMaha Lembut
31al-KhabirالخبيرMaha Mengetahui Rahasia
32al-HalimالحليمMaha Penyantun
33al-AzimالعظيمMaha Agung
34al-GhafurالغفورMaha Pengampun
35al-SyakurالشكورMaha Pembalas Budi (Menghargai)
36al-AliالعلىMaha Tinggi
37al-KabirالكبيرMaha Besar
38al-HafizالحفيظMaha Menjaga
39al-MuqitالمقيتMaha Pemberi Kecukupan
40al-HasibالحسيبMaha Membuat Perhitungan
41al-JalilالجليلMaha Mulia
42al-KarimالكريمMaha Pemurah
43al-RaqibالرقيبMaha Mengawasi
44al-MujibالمجيبMaha Mengabulkan
45al-WasikالواسعMaha Luas
46al-HakimالحكيمMaka Bijaksana
47al-WadudالودودMaha Pencinta
48al-MajidالمجيدMaha Sempurna Kemuliaan-Nya
49al-BaisالباعثMaha Membangkitkan
50al-SyahidالشهيدMaha Menyaksikan
51al-HaqالحقMaha Benar
52al-WakilالوكيلMaha Memelihara
53al-QawiالقوىMaha Kuat
54al-MatinالمتينMaha Teguh
55al-WaliالولىMaha Melindungi
56al-HamidالحميدMaha Terpuji
57al MuhsiالمحصىMaha Menghitung
58al-MubdikالمبدئMaha Memulai
59al-MuidالمعيدMaha Mengembalikan Kehidupan
60al-MuhyiالمحيىMaha Menghidupkan
61al-MumitالمميتMaha Mematikan
62al-HaiالحيMaha Hidup
63al-QayyumالقيومMaha Mandiri
64al-WajidالواجدMaha Penemu
65al-MajidالماجدMaha Mulia
66al-WahidالواحدMaha Esa
67al-AhadالاحدMaha Esa
68al-SamadالصمدTempat Meminta
69al-QadirالقادرMaha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70al-MuqtadirالمقتدرMaha Berkuasa
71al-MuqaddimالمقدمMaha Mendahulukan
72al-MuakhirالمؤخرMaha Mengakhirkan
73al-AwwalالأولMaha Awal
74al-AkhirالأخرMaha Akhir
75al-ZahirالظاهرMaha Nyata
76al-BatinالباطنMaha Ghaib
77al-WaliالواليMaha Memerintah
78al-MutaaliالمتعاليMaha Tinggi
79al-BarالبرMaha Penderma
80al-TawwabالتوابMaha Penerima Taubat
81al-MuntaqimالمنتقمMaha Penyiksa
82al-AfuالعفوMaha Pemaaf
83al-RaufالرؤوفMaha Pengasih
84Malik al-Mulkمالك الملكPenguasa Kerajaan (Semesta)
85Zu al-Jalal wa al-Ikramذو الجلال و الإكرامPemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86al-MuqsitالمقسطMaha Adil
87al-JamikالجامعMaha Mengumpulkan
88al-GhaniالغنىMaha Memiliki Kecukupan/Kekayaan (Maha Kaya)
89al-MughniالمغنىMaha Pemberi Kecukupan/Kekayaan
90al-ManikالمانعMaha Mencegah
91al-DarالضارMaha Memberi Derita
92al-NafikالنافعMaha Memberi Manfaat
93al-NurالنورMaha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94al-HadiالهادئMaha Pemberi Petunjuk
95al-BadikالبديعMaha Pencipta
96al-BaqiالباقيMaha Kekal
97al-WarisالوارثMaha Pewaris
98al-RasyidالرشيدMaha Pandai
99al-SaburالصبورMaha Sabar

Monday, 18 March 2013

TENANGKAN FIKIRAN


1. Tarik Nafas.
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk.
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis.
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama.
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda, keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting.
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur.
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi.
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar. Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam.

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan.

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda.
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah.
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi.
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat.
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

TANDA KEMATIAN


~ 100hari : Seluruh badan rasa bergegar.
~ 60hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
~ 40hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang runsing.
~ 7hari : Mengidam makanan.
~ 5hari : Anak lidah bergerak-gerak.
~ 3hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
~ 2hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
~ 1hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.
~ Saat akhir: Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.


Tinggal Kenangan


Baju, pampers, bell, fish doll, sikat & gunting kuku..
Tinggal kenangan..
Semua tu milik Kitty..
Rindu Kitty.. :'(

Rindu Pantai


TQ to Mr. Husband menunaikan hasrat untuk bermain ombak..
Psttt, kononnya nak pi ambik matahari terbenam tu..



Kucing Silver

OMG!!! Apahal kucing ni jadi silver?
ni semua keja budak kecik ni.. Pantang dapat color,mesti dia kerjakan dengan kreatif.. Sebelum dia kerjakan kucing ni, dia kerjakan plug daddy.. Plug tu x sempat ambil gambar.. Nampak muka budak kecik tu ada color silver.. Yang tu hukuman sebab kerjakan kucing.. Bengkak dekat dahi tu akibat ciuman nyamuk.. Luka dekat hidung tu akibat tangan gatal menggaru dengan kasar..

Ntah apa nasib kucing tu sekarang? Nanti nak call mommy.. hihi