Pada pendapat anda yang mana satu betul? Cara untuk pastikan betul atau salah adalah dengan menyebutnya. Jadi anda sebut maka anda akan perasan. Yang sebenarnya adalah Wallahu a’lam bukan Wallahu ‘alam. Mungkin ada yang tak ambil kisah sangat kerana tulisan sahaja. Tapi bagi admin setiap tulisan atau sebutan walaupun salah atau kita tidak faham tetap memberi makna.
Ramai penulis di dalam penulisan blog atau blogging selalu akan guna perkataan Wallahua’lam samada dalam satu perkataan atau dipisahkan kepada 2 perkataan yakni Wallahu a’lam. Sebelum terangkan apa tujuan penggunaan kalimah tersebut didalam percakapan seharian atau penulisan blog, mari diterangkan apa maksudnya terlebih dahulu.
Kalimah Wallahu a’lam jika didalam bahasa atau tulisan arabnya ialah: والله أعلم , dimana huruf wau و membawa maksud “dan”, perkataan الله yakni Allah, manakala أعلم bermaksud “Yang Maha Mengetahui/Yang Lebih Mengetahui”. Jadi jika digabungkan membawa maksud: “Dan Allah (yang) Maha Mengetahui”. Jika belajar nahu atau tatabahasa Arab, banyak maksud yang boleh diterjemahkan daripada perkataan والله أعلم itu sendiri, samada “Hanya Allah Yang Maha Mengetahui”, “Dan Allah Lebih Mengetahui” dan lain-lain. Jadi penggunaan yang betul ialah Wallahu a’lam (والله أعلم) dengan tanda koma di atas yang menggantikan huruf ain dan bukannya Wallahu’alam (والله علم), selain itu ramai juga yang menggunakan perkataan seperti Wallahualam tanpa tanda koma di atas. Jika anda chatting dengan orang arab dia akan tulis Wallahua3lam. 3 itu sebagai ganti huruf ‘ain (ع) yang diterbalikkan.
Ejaan a’lam di dalam bahasa arab adalah – alif, ein, lam dan mim = أعلم
Ejaan ‘alam di dalam bahasa arab pula – ein, lam dan mim sementara = علم
Ejaan alam di dalam bahasa arab pula – alif, lam dan mim = ألم
Ejaan aklam di dalam Bahasa Arab pula – alif, kaff, lam dan mim = أكلم
Penggunaannya selalu digunakan samada apabila kita disoal atau ditanya mengenai perkara yang kita tak tahu atau tidak pasti. Bergantung juga kepada soalan, maksud admin soalan yang berbentuk ilmiah. Jika ada orang tanya arah jalan, tak perlulah. Contohnya jika disoal: Ali, kamu tahu kenapa jantung kita berdegup tanpa henti? Jika tak tahu sebutlah, saya tak tahu, Wallahu a’lam.
Selain itu, ia juga digunakan di dalam penulisan ilmiah. Jika anda membaca kitab-kitab agama memang akan selalu berjumpa perkataan Wallahu a’lam. Sebab untuk sentiasa mengajar diri dengan sifat tawadduk, dimana walau setinggi mana pun kajian kita, dan sebagus mana pun penyelesaian kita tentang sesuatu masalah, akhirnya kita sebut perkataan Wallahua’lam supaya kita sentiasa sedar bahawa ilmu itu milik Allah SWT dan Dialah yang lebih mengetahui-Nya. Penggunaan perkataan Wallahu a’lam ini juga digunakan supaya kita sedari bahawa ilmu dan pengetahuan kita terbatas dan kita hamba Allah yang lemah.
Wallahhu a’lam.
PS: Maksud Wallahu’alam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب) = dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya (and Allah knows the right)
Sumber: Google
(via iPad)
0 comments:
Post a Comment