Biar mata melihat..
Biar hati merasa..
Biar lidah membisu..
Biar telinga memekak..
Izinkan jari menjelaskan.......
Akibat hati yang sangat mudah terusik. Sangat sensitif. Hanya kerana perkataan "AKU BOSAN" merubah semuanya dalam sekelip mata.
1) "InsyaAllah, kalau ada apa2 nanti saya gitau"- Makna ayat ini apa?
2) "Sorry, saya tidak dapat datang"- Maknanya apa?
...saya akui walaupun ayat pertama- "INSYAALLAH" tu saya letakkan pada depan ayat, tapi masih berbaur harapan tinggi..
TAPI pada ayat kedua, saya letakkan "SORRY" di depan ayat dengan rasa rendah hati meminta maaf...
Apa yang saya dapat?
~~~~~~~~~~AKU BOSAN~~~~~~~~~~~
Lantas, apa lagi yang mampu saya lakukan selain menyepi untuk memberikan dia ruang?
Tapi nampaknya niat baik ini disalahertikan!
SAYA BUANG KAWAN!
Terima kasih sebab melabelkan saya sebagai insan yang bersifat sehina itu.
Entah dia tahu atau tidak, saya cuma perhatikan dia pada laman facebook. Senyum. Posting, tagging & commenting dengan kawan2 nampaknya dia selesa tanpa saya. Okay, saya bagi dia ruang 11 hari. Tapi tidak ada tanda2 dia akan mencari saya. SMS. Jauh sekali menelefon.
Saya sentiasa teringat ayat "AKU BOSAN". Hati mengatakan dia bosan dengan saya. Jadi dengan akal logik, saya tidak akan memulakan untuk mencarinya. SMS mahupun calling. Takut dia tension sebab dia kan bosan dengan saya.
Saya senyap. Senyap. Senyap. Senyap. Senyap. Senyap dan senyap!
........dan akan terus senyap.....................................
0 comments:
Post a Comment