Sunday, 12 May 2013
Sensitif Atau Salah faham???
Posted by Unknown at Sunday, May 12, 2013 0 comments
Wednesday, 1 May 2013
Kedudukan Rahim Ke Belakang
KEDUDUKAN rahim ke belakang atau 'tilted uterus' atau 'retroverted uterus' didapati berlaku kepada 20-30 peratus wanita yang mana sebahagian besar daripadanya tidak tahu yang dia mempunyai kedudukan rahim yang sebegitu kecuali dia telah menjalani pemeriksaan 'pelvik' dan doktor yang memberitahunya.
Kebiasaannya kedudukan rahim ke depan. Ketika tumbesaran rahim berlaku rahim yang ke belakang sepatutnya bergerak ke depan tetapi sebaliknya kekal dengan posisi ke belakang. Jadi untuk sebilangan besar wanita kedudukan rahim ke belakang ialah perkara semula jadi dan tidak perlu dipulihkan.
Ada juga wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang selepas bersalin. Ada juga wanita yang kedudukan rahim ke belakang akibat penyakit endometriosis atau lekatan tisu (adhesions) yang menambat rahim ke belakang! atau akibat ketumbuhan fibroid.
Wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang akan dapati air mani suaminya tidak kekal dalam faraj walaupun mereka membuka peha dan melegakan pembukaan faraj, air mani masih keluar. Ini kerana bahagian dalam faraj tertindih oleh rahim yang berkedudukan ke belakang. Ini mungkin sebab wanita itu gagal mencapai kehamilan!
Keadaan ini boleh diubah dengan memposisikan badannya secara menyujud rahim akan beralih ke depan dan sekiranya hubungan kelamin dilakukan dengan memasukkan zakar dari belakang, air mani akan kekal dalam faraj. Wanita itu boleh berubahkan posisi dari menyujud kepada mengiring beberapa minit kemudian.
Posisi rahim ke belakang tidak boleh diubah melalui urut kerana otot yang terlibat ada di dalam dan tidak sampai untuk mengalihkannya. Ada sesetengah pakar urut barat menyarankan wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang melakukan senaman seakan akan menyujud dan kononnya rahim akan kembali ke depan. Tiada kajian yang dibuat tentang ini. Posisi rahim hanya boleh diubah melalui pembedahan yang mana kaedah ini tidak lagi disyorkan kerana risiko kecederaan dalaman.
Wanita yang mendapati posisi rahimnya ke belakang tidak perlu buat apa apa persediaan atau persiapan mengenai hubungan seksual, iaitu dia boleh lakukan hubungan kelamin bila-bila masa tetapi ketika dia dalam keadaan subur dia perlu melebihkan hubungan seksual melalui posisi belakang.
sumber: http://teratakcintadankasihkita.blogspot.com/2010/12/kedudukan-rahim-ke-belakang.html
Posted by Unknown at Wednesday, May 01, 2013 1 comments
Kedudukan Rahim Jatuh/ Rendah
PUNCA-PUNCA
- Peranakan atau rahim boleh jatuh, sebab kemalangan yang kuat. contoh jatuh terhentak atau terduduk yang kuat. Sebab tu kena elakkan dan berhati2 semasa buat apa2 aktiviti lasak.
- Seks yang keterlaluan. Yang ni buat aksi2 melampau sangat mmg boleh bagi kesan pada rahim.
- Mengangkat benda2 berat. contoh kotak2 yg besar.
- Jalan terlalu lasak.
- Tidak menjaga pantang ketika lepas bersalin.
- Tidak menjaga pemakanan.
- Sakit perut yang luar biasa.
- Keluar cecair dari rahim.
- Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
- Sakit pada ari-ari.
- Sakit pada dinding faraj.
- Sakit ketika 'bersama' suami.
- Kejang pada bahagian bawah perut.
- Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak kuar dari faraj. (ini peringkat yang teruk).
- Berurut. biasanya memang mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim di kedudukan asal.
- Bertungku. Jika de je rasa tanda2 tu, amik tungku dan tungku bawah perut dan pada peha naik ke atas. sambil baca selawat. insya-Allah ok.
- Jika peringkat teruk, mungkin kena buat operation. utk betulkan balik kedudukan rahim.
- Kandungan mudah gugur (tapi ini semua kuasa Allah.. ada juga yang rahim rendah tapi boleh lekat baby. bergantung juga kepada kekuatan rahim).
Posted by Unknown at Wednesday, May 01, 2013 1 comments
SEJARAH HARI PEKERJA
SEJARAH SAMBUTAN HARI PEKERJA ( 1 MEI )
Apakah keistimewaan 1 Mei? Pastinya, sebagai seorang pekerja, sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta pastinya sedia maklum bahawa pada hari tersebut adalah merupakan Hari Pekerja yang disambut serentak bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Pada hari tersebut juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum.
Idea sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya mula tercetus di Australia pada tahun 1856. Ia adalah merupakan salah satu cara para proletariat pada masa itu untuk mencapai hari bekerja lapan jam sehari. Pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi bagi mencapai tujuan mereka.
Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.
Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.
Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.
Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa. Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa. - MESRA
sumber: http://sejarah2u.blogspot.com/2008/05/sejarah-hari-pekerja.html
Posted by Unknown at Wednesday, May 01, 2013 0 comments