JellyPages.com

Thursday, 11 October 2012

Kalaulah...

“Perempuan berkahwin supaya ada seseorang menjaga dia, jadi saya menjalankan apa yang diamanahkan.
“Saya tak rasa saya mampu memberi fokus kepada dia sepenuh masa jika saya berkahwin lain,” katanya yang mengakui tidak pernah terlintas untuk berkahwin lain.

Siapa yang tidak tahu kisah abil4fauziah?
Saya ikuti perkembangan cerita mereka daripada awal.
Ya,mungkin saya terlambat untuk tahu kisah ini. Saya mula ketahui kisah mereka selepas ada kawan shared kisah mereka di laman facebook pada awal September 2012. Dari situ saya mula mengikuti perkembangan mereka daripada laman http://abil4fauziah.blogspot.com/
Saya tidak berkesempatan melihat mereka di kaca televisyen.
Tapi blog mereka sudah cukup untuk saya faham jalan cerita yang dilalui mereka daripada awal perkenalan sehingga sekarang.
Apa yang saya cuba utarakan disini adalah, TANGGUNGJAWAB.
Dari sudut peribadi,saya melihat si suami seorang yang sangat tinggi rasa tanggungjawabnya pada isteri yang sedang terlantar sakit akibat asma. Seperti petikan ayat di atas, itu sudah cukup untuk saya faham. Kalian juga mesti faham kan? (senyum)
Lihat contoh terdekat:-
1)   Kita yang baru diberi satu assignment yang tidak pernah dapat approvement mesti rasa tension. Rasa macam mau menghentak kepala supervisor! APA LAGI YANG TAK PUAS HATI?APA LAGI YANG KURANG?! Mesti keluar ayat camtu kan?
2)   LAGI, bila diberi tugasan yang banyak tanpa henti. Belum siap satu, dapat lagi satu. Wow!!! Melambak atas meja. Marah! Tengok member lain enjoy dapat main game, layari facebook. Gelak2 enjoy. Kita buat kerja. Arghhh! Rasa benci! Bosan! Mesti buat muka buruk kan?
Siapa yang tidak pernah melalui keadaan camtu? Tipulah kalau tidak pernah mengalaminya.
Tengok pada sudut abil4fauziah. 2 tahun dia melalui keadaan camtu,tidak pernah dia lari meninggalkan tanggungjawab. Siap dapat memotivasikan diri, anggap semua tu satu hiburan untuk terus tabah. Wow! Saya kagum dengan sikap abang abil. Sungguh! Kalaulah saya dapat semangat yang begitu besar... KALAULAH......
p/s: Semoga Fauziah binti Muhamad cepat sembuh daripada pembaringan yang lama. Semoga Abil Fikri Ahmad sentiasa tabah. Amin.......

0 comments: