JellyPages.com

Sunday 22 July 2012

Novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Sinopsis:

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

Wednesday 18 July 2012

Novel Musuhku Suamiku


Sinopsis
Tanpa rela dan terpaksa, Lysa Lafisya terpaksa menerima hakikat yang musuhnya, Rafeeqi, sudah bergelar suami kepadanya. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur dengan kehendak takdir walaupun dia pasti dan yakin ada dalang di sebalik apa yang menimpanya.

“Hei, perempuan! Apa yang kau letak dalam minuman aku? Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau? Kau memang nak perangkap aku, kan? Apa motif kau, hah? Kau nak harta aku? Huh, dasar anak yatim piatu. Lesbian pulak tu!”

Itu tuduhan Rafeeqi terhadap Lysa Lafisya. Pedih memang pedih. Tapi, siapa dia mahu menegak benang yang basah? Beribu kali dia cuba menyakinkan Rafeeqi sekalipun, pasti lelaki itu tidak mempercayainya. Sungguh, itu fitnah! Tapi, dia hilang punca untuk membuktikan.

“Hisy, tengok ni apa kau dah buat? Habis tercabut selendang aku. Baju aku pun dah basah.”

Saban hari duduk bersama, perang tetap perang, namun sudah ada selingan tawa dan bicara lembut. Hubungan yang dulunya dingin, perlahan-lahan bertukar mesra. Ikatan persahabatan diikat. Namun, sampai bila? Dalam diam, hati sudah ada benih cinta.

Selama mana hubungan persahabatan itu akan dikekalkan? Apakah perhubunagn itu akan bertukar? Hati siapa yang bakal ada benih cinta? Berantakan atau bahagia hubungan yang diikat? Adakah musuh akan kekal jadi musuh? Atau, musuh akan bertukar menjadi suami yang benar-benar suami?

Thursday 12 July 2012

Novel Suami Yang Kubenci


“Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya,
tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai….”

Hannah Maryam, secantik wajahnya tapi sayangnya….cantik itu hanya pada wajah, bukan pada hati!Dia seorang yang terlalu bangga dan sombong dengan kemewahan yang dimilikinya dan sering merendahkan golongan miskin. Orang yang sering diherdik dan direndahkan martabatnya adalah SUAMinya sendiri UWAIS UKASYAH. Uwais tiada harta tapi kaya dengan kesabaran. Ermmmm agak hensem dengan dua lesung pipit di kiri dan kanan pipinya. Sweet gitu haaaaa….
Hannah sebagai CEO di syarikat milik keluarga sentiasa berbangga diri dengan kemewahannya. Uwais pula hanya sebagai penjual burger. Hannah telah dipaksa kahwin oleh atoknya dengan Uwais bila tunangnya Tengku Muiz telah ditangkap basah seminggu sebelum tarikh kahwin mereka. Pangkat CEO akan ditarik jika Hannah enggan mengikut arahan atoknya. Hannah di bawah jagaan atoknya bila ibubapanya terlibat dalam kemalangan. Hahahaah memang jodoh Hannah dan Uwais…best…best..
Setiap hari Hannah menyakitkan Uwais dengan kata2 pedas termasuklah mengutuk Uwais yang hanya sebagai penjual burger berbanding dirinya sebagai CEO. Cara Uwais berpakaian pon kena kutuk, low class, takde standard, pakaian dari pasar malam dll. Hahah tapi Uwais ni memang best. Dia memang sabar jer dengan kutukan Hannah dan sering menjawab dengan Hannah. Tambah geram ler minah ni dan last2 Hannah bertambah geram dengan sikap Uwais yang selamba badak. Uwais sebenarnya bengang giler ngan Hannah tapi dia malas nak layan sifat bongkak bininya tu.
Mereka akan berlakon pasangan bahagia di hadapan keluarga masing2. Ini untuk menjaga kedudukan Hannah sebagai CEO. Dalam mereka  macam anjing dan kucing, dalam hati masing2 sebenarnya ada taman hahahaha. Benci tapi sayang. Hannah mula cemburukan cikgu Batrisya yang sekampung dengan Uwais. Batrisya memang cantik dan bersopan santun. Hannah anggap Sya sebagai perempuan gedik dan cuba menggoda Uwais.
Uwais telah meluahkan isi hatinya kepada Hannah dalam keadaan marah semasa mereka bertengkar. Hannah plak terkejut giler bile dapat tahu Uwais cintakannya. Dalam diam dia teramat suka!Dia juga baru tahu yang Uwais sebenarnya berkelulusan luar Negara dan mahir dlm bahasa arab. Cam tak caye jer mamat ni. Cemburu Hannah bertambah apabila Batrisya membantu Uwais mendapatkan kerja sebagai guru sementara di sekolah Sya. Untuk menjarakkan Sya dan Uwais, Hannah menawarkan uwais bekerja di syarikatnya sebagai pegawai diplomatic. Uwais menolak kerana ingin berdikari dan tidak mahu bekerja di bawah Hannah yg macam singa kikiki.
Uwais pula mula cemburukan Hannah dan Fawaz iaitu sepupu Hannah. Fawaz memang cintakan Hannah dan pernah hendak dijodohkan oleh atoknya dengan Hannah. Fawaz bawa diri ke Dubai bila Hannah hendak kahwin dengan Muiz. Layanan Fawaz terhadap Hannah memang naikkan temperature Uwais. Hannah pula mula menerima Uwais sebagai suami yang amat dicintainya. Hannah yang macam singa mula berubah manja. Uwais yang muka selamba mula macam perangai budak2 yg sentiasa ingin dibelai. Dia caring giler pada Hannah. Mereka macam pasangan baru bercinta. Fawaz plak menyampah tengok diorang. Hannah mula belajar memasak dengan mak Uwais.
Fawaz plak terjatuh cinta dengan Batrisya. Hahah penyakit angau Fawaz ditahap kronik. Berbagai caradibuat untuk pikat Sya. Daripada tak pernah ke surau Fawaz mula jejakkan kaki ke surau sebab sya ni anak tok imam. Semua orang dia minta bantuan untuk pikat Sya termasuklah mak Uwais. Akhirnya Sya terima jugak Fawaz sebagai kekasihnya dan mereka ditunangkan.
Uwais gembira giler bila Hannah disahkan mengandung tapi Uwais plak yang kena morning sickness. Kuasa Tuhan, pada usia kandungan 8 bulan iaitu pada tarikh Fawaz dan Sya bernikah, Hannah terjatuh bilik air dan anaknya yang dikeluarkan secara pembedahan tidak dapat diselamatkan kerana masalah jantung. Uwais menamakan anak lelakinya Unais Ukasyah. Dia amat sedih tapi bersyukur kerana Hannah selamat.
Selepas 5 tahun…..Uwais dan Hannah mempunyai sepasang anak kembar berusia 4 tahun iaitu Hannah Nafisatul Ilmi dan Daqiq Mumtazul Hayat. Happy tul family ni. Fawaz dan Sya juga mempunyai 2 orang anak iaitu Fawza dan Jannah. Selepas 5 tahun juga Uwais mengalami morning sickness bila Hannah disahkan mengandung 2 bulan. Uwais yg sebagai penjual burger telah berjaya membuka kolam ikan dan udang bersama Fawaz. Tokey besar mamat ni. So sweet.

Tuesday 3 July 2012

Novel Kau Milikku


Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.

8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri. Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai ‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yang sempurna?