JellyPages.com

Sunday 1 August 2010

Mereka Yang Hadir Dalam Hidup (Cerita Pendek)

*   ___ my puppy love (^_^)

     Dia baik.. Comel.. Suka ketawa.. Suka senyum.. Suka tolong orang.. Penyabar.. Mudah didampingi..
     Maybe sebab tu la Rozana terlalu sukakan dia sampai sanggup sakitkan hati kawan sendiri untuk dapatkan dia.. Tapi bila saya sudah undur diri, dia tetap tak pandang Rozana.. 

*   ___ my 1st love (^_^)
     Playboy number one di sekolah tapi saya tetap sayangkan dia.. As people say, "love is blind", itu la alasan saya kenapa kami boleh bertahan sampai saya dapat tawaran masuk universiti.. Kenapa putus ditengah jalan? Dia curang & kena tangkap basah dengan adik angkat dia, Suraya.. Sakitnya hati!

*   ___my mr.chipsmore (o.O)
    Seorang yang suka diam. Cuma berkata-kata dengan senyuman dan jelingan mata. Hilang secara tiba-tiba dan muncul bila saya sudah mula lupa. Kemudian lenyap lagi bila jalinan hampir tersimpul rapi.

*   ___ my inspiration(^_^)
     Hampir setahun menyandang status single, akhirnya lelaki ni muncul dalam hidup.. Kesiannya dia, pada awalnya saya terlalu bencikan dia.. Al-maklum dia muncul secara tiba-tiba.. Sue passed my number to him without my permission! Tapi semua tu jadi manis sebab kesabarannya terhadap saya.. Masing-masing cuba jadi pengubat sebab sama-sama baru lepas frust.. Pendek cerita, tiada jodoh antara kami.. (-_-)

*   ___ my soulmate(^_^)
     Saya tidak pernah terfikir apa lagi menyangka akan berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah saya kenal.. Tapi itulah yang dinamakan jodoh.. Sekarang, dia la musuh saya, dia la kawan saya, dia la segala2nya untuk saya.. Doakan yang terbaik untuk kami.. (^_^)

Tuesday 16 February 2010

Novel Sedalam Cintamu


Sinopsis:
RINA begitu komited dalam kariernya di sebuah syarikat buku di ibu kota. Prinsipnya, tugas dan peribadi tidak boleh diselaraskan dalam suatu masa. Oleh itu dalam waktu yang singkat dia berjaya membina kedudukannya dengan jawatan yang lebih baik.

Kepercayaan Rina terhadap cinta musnah bila Kamarul berlaku curang di belakangnya. Namun, kehadiran Adam telah merubah prinsipnya terhadap lelaki. Dalam benci, dia mula tertarik pada lelaki itu. Dan Adam sendiri telah melafazkan cinta pandang pertamanya pada Rina.

Namun, kemunculan Kamarul telah menggugat cinta Adam dan Rina. Keadaan semakin rumit bila Cynthia dan Celine, merayu kasih Adam kembali. 
Wajarkah Rina meninggalkan Adam sedangkan lelaki itu tulus dalam cintanya?

Friday 1 January 2010

Yang Penting Ikhlas

Senyum manis & ikhlas tu yang paling penting... Macam dalam gambar disebelah, x kisah la gigi tak cukup kan... Yang penting hati mau bersih bila sedekahkan senyuman... Tak rugi pun kalo senyum... Bukan kena bayar pun... Camtu juga dalam persahabatan... Tak perlu rasa ragu2 atau pun curiga... Bila kita ikhlas berkawan, orang pun tak curiga dengan kita... Kalo dia jahat pun, kita tak rugi sebab bukan kita yang mulakan semuanya sehingga berantakan... Perlu diingatkan... WAJIB... Kalo pun orang yang jahat tu boleh menang dengan kejahatan, biarkan... Satu masa nanti pasti dia akan terima balasannya... Bukan dia, adik dia... Kakak dia... Maybe mak dia... atau sesiapa saja yang berkaitan darah dengan dia...