Tuesday, 17 November 2009
HAMBIK!
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Posted by Unknown at Tuesday, November 17, 2009 0 comments
Wednesday, 23 September 2009
ADIL ATAU TIDAK?
Pernah tak anda tanya pada diri anda sendiri; "Adilkah saya pada adik-beradik saya?"
Tiba-tiba persoalan ini timbul dibenak bila seorang gadis yang berpangkat adik datang mengadu pada saya, abangnya selalu berlaku tidak adil pada dia. Semua benda yang dia nak buat abang dia akan halang. Tapi bila adik yang seorang tu buat, boleh pulak! Walhal diorang sama-sama perempuan.
...dan yang paling menghancurkan hatinya bila dia dipaksa menceburi bidang kejururawatan sedangkan dia sudah masuk belajar kat UITM!
Posted by Unknown at Wednesday, September 23, 2009 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)